Pages

Monday, December 12, 2011

Teka-Teki Matematik

Cuba la......
(Teka-teki ini sesuai untuk murid Tahun 4,5 dan 6)
Di sini saya ingin memperkenalkan teka-teki Matematik yang mencabar untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Saya pernah melihat kanak-kanak berasa bingung sehingga beberapa bulan apabila teka-teki Matematik ini diberikan kepada mereka. Setiap kali, kanak-kanak itu terserempak dengan saya, dia akan bertanya kepada saya bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah teka-teki Matemaik tersebut. Walaupun, kanak-kanak yang berumur lapan tahun akan memahami teka-teki Matematik tersebut tanpa masalah, pada hakikatnya kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke atas yang berupaya menyelesaikan teka-teki tersebut.
Kotak empat segi untuk teka-teki ini Inilah gridnya (kotak empat segi). Apa yang anda harus buat ialah menyusun nombor 1 sehingga nombor 8 dalam kotak grid tersebut,
Peraturannya ialah nombor-nombor yang berturutan tidak boleh berada bersebelahan, mengufuk, mencancang atau pepenjuru. Nampaknya mudah? Cubalah dahulu! Lambat-laun anda akan sedar kenapa saya berpendapat teka-teki Matematik ini mencabar.
Anda akan dapati bahawa kanak-kanak biasanya akan cuba beberapa kali sebelum mereka mematuhi peraturan tersebut. Mereka akan menunjukkan jalan penyelesaian masing-masing dan anda akan dapati contohnya nombor 7 dan nombor 8 akan berada bersebelahan di penjuru grid. Jika anda terangkan kepada mereka bahawa jawapan mereka adalah salah, mereka akan cuba beberapa kali sehingga mendapat jawapannya.
Saya telah menyediakan lembaran teka-teki Matematik boleh cetak, yang mempunyai jalan penyelesaian, termasuk gambarajah yang menujukkan kesalahan-kesalahan yang biasa akan dibuat oleh kanak-kanak. Jika, anda hanya ingin mendapatkan lembaran teka-teki Matematik tersebut, saya juga telah menyediakan dua teka-teki untuk setiap muka surat.

Lompat Si Katak Lompat

Seekor katak terjatuh kedalam sebuah perigi sedalam 10 meter. Setiap kali ia melompat naik setinggi 2 meter, ia terjatuh 1 meter ke bawah. Berapa kalikah ia patut melompat untuk keluar dari perigi itu?

Segitiga

Berapakah bilangan segitiga yang terdapat dalam rajah sebelah?

Formula Matematik

Mahir Sifir 2

Mahir Sifir

Friday, December 9, 2011

Mari Menolak

Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Semoga hari ini anda lalui dengan penuh ceria dan bertenaga di samping dapat melaksanakan pelbagai aktiviti sihat dengan sempurna untuk diri sendiri juga orang lain.
Terima kasih kerana anda masih sudi melayari laman ini. Hari ini, saya hendak berkongsikan beberapa bahan bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Numerasi.
Semoga segala bahan yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk semua.
antara bahan yang digunakan untuk mengajar kemahiran asas tolak


gambaran penuh bahan

KETERANGAN :
1.  Model aiskrim digunakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Bahagian atas aiskrim (warna merah)boleh dicabut menandakan ia telah dimakan atau mencair.
2.      Guru akan memberi tunjuk cara / soalan rangsangan yang paling mudah.
3.      Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa guru.
            Contoh, Abu ada 10 batang aiskrim. Dia makan 3 batang aiskrim. Berapakah jumlah 
             aiskrim yang tinggal?
4.   Jadi, guru akan membimbing murid bagaimana untuk menjawab soalan dengan mengeluarkan 3 bentuk aiskrim (kad manila warna merah 
      – menandakan ia telah dimakan)
5.    Murid akan dibimbing untuk melekatkan nombor dan jawapan yang disediakan dalam ruang sedia ada.

Selamat mencuba.

Tuesday, December 6, 2011

Mari Mengira