Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Semoga hari ini anda lalui dengan penuh ceria dan bertenaga di samping dapat melaksanakan pelbagai aktiviti sihat dengan sempurna untuk diri sendiri juga orang lain.
Terima kasih kerana anda masih sudi melayari laman ini. Hari ini, saya hendak berkongsikan beberapa bahan bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Numerasi.
Semoga segala bahan yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk semua.
KETERANGAN :
1. Model aiskrim digunakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Bahagian atas aiskrim (warna merah)boleh dicabut menandakan ia telah dimakan atau mencair.
2. Guru akan memberi tunjuk cara / soalan rangsangan yang paling mudah.
3. Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa guru.
Contoh, Abu ada 10 batang aiskrim. Dia makan 3 batang aiskrim. Berapakah jumlah
aiskrim yang tinggal?
aiskrim yang tinggal?
4. Jadi, guru akan membimbing murid bagaimana untuk menjawab soalan dengan mengeluarkan 3 bentuk aiskrim (kad manila warna merah
– menandakan ia telah dimakan)
5. Murid akan dibimbing untuk melekatkan nombor dan jawapan yang disediakan dalam ruang sedia ada.
Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment